1st picture.....baru belajor photoshop....hehee...
Kenangan Main Bowling Di Alamanda Putrajaya
Friday, August 22, 2008
Thursday, August 21, 2008
Umah Meena
sempat lagi bergambar pas makan...maklum la sume org dah kenyang kan....posing la...ape lagi....
ari jumaat org sume dok sebok g solat jumaat kitorg g jalan2....mula2 g pasar tani....beli nasi tuk makan tengahari nie....perghhhh...mahal giler....ader ke aku punyer nasi berlauk sampai rm6...kak yam lagi la...kene 7rm....ish....dunia2...nape la sekarang barang sume dah naik....gaji naik pun ciput jer...tapi barang lain sume nye naik...ntah le....pastue kitorg sume g umah meena...kat p18...saje nak tgk umah org....kat situ view nye cantik...ngadap tasik.....
nie anak meena...baru setahun 6bulan....tapi masyaallah...tau x berapa berat nye....dah 16kg....patut la mak nye kurus jer....dukung si faril nie semput gak la....macam bawak beras 15kg....hehee...xpe....janji dia sehat....nak tangkap gambar ngan dia bukan main susah lagi...dah la putih, chubby...cam mat salih pun ader....geram tgk dier...nak gigiiiiitttt...
Posted by aetot at 1:53 PM 0 comments
Labels: AL-KISAH
Sara Kena Buli.....
4 Ogos 2008 zikry dok umah cik yah...sbb aza cuti...ader hal...jadi cik yah amik cuti la....dah cik yah cuti baik bagi zikry kat cik yah...soh dia yg jage...cuti cik tot nanti leh gune tuk balik raye....hehee...zikry nie kecik2 lagi dah pandai buli org yer...abih si sara kene buli....tue mesti sara nangis tue....tue yg tutup muke tue....malu kat zikry....tapi....pandai lak si zikry nie pujuk balik si sara...konon2 takut mak sara marah kot...kang sape nak jage dia...takut mak sara soh balik umah lak..heheee...
nanti dah besau buli sara lagi tau....kihhhhkihhhhh....thanx cik yah tolong jage zikry....
Posted by aetot at 1:44 PM 0 comments
Labels: AL-KISAH
Monday, August 18, 2008
Zikry 'n' Anis
"post dari zikry n anis"
Mase nie umur zikry (baju biru) baru masuk 47 hari...lebih kurang umur nye baru sebulan lebih...tengok baju yang dipakai nye...dah xmuat dah...abih tue yg dipakainye baju new born....xmuat ler....mase nie anis datang umah mak kat buntong....anis (baju pink) dah 2 bulan lebih...tapi cam same besor jer...nanti leh adik buli kakak...kah...kah....
"ishh....nie sape yang nangis nie....kuat lak tue sore nye....orang nak dok relax2 pun xleh...kacau jer...xper...tunggu la dah besau sok...kene buli la budak sebelah nie....jage la...."kata-kata dlm hati zikry....heheeee...
Posted by aetot at 4:43 PM 0 comments
Labels: ZIKRY FRIEND'S
Nak Tahan Lama
KELAPA PARUT
Untuk lebih tahan lama selama 2 tahun. Belah kelapa dan ambik sebelah sahaja. Gunakan sebelah pada 31 December 2008. Dan sebelah lagi pada 1 January 2009. Wah...tahan sampai 2 tahun kan ? NASI/LAUK Biar tahan lebih lama, Jangan gunakan jari pasal jari korang ada bakteria. Sebab tu lauk cepat basi. Ceduk la pakai sudu ke, sudip ke.
BARANGAN KEMAS TERUTAMA EMAS
Kalau untuk lebih 'tahan lama', Bayarle zakat utk barang kemas tu atau pakai saja. Barangan emas bila dah terlalu banyak, kena bayar zakat. Kalau tak, tetiba hilang atau kena curi, padan muka korang, ha haa...
PAKAIAN
Nak tahan lama Jangan rendam dalam serbuk pencuci lama sangat elak guna washing mach. Jangan jemur bawah mentari terik elak guna bleach. Jangan bawa mandi kat beach. Gantung bila disimpan. Cuci guna air jeram/hujan. Jangan bagi pinjam kat kawan!!!. Kalau nak tahan lagi lama PINJAMLAH BAJU MEMBER... BAJU SENDIRI SIMPAN.
KERETA
Nak tahan lama. Lepas beli, simpan kat garaj. tutup elok2. jangan bagi angin masuk. jangan bagi abuk masuk. jangan bagi wap air masuk. bayar loan bulan2. sampai abis loan. gerenti tahan lama.
KENYANG
Kalau nak tahan lama, Sebelum makan - baca bismillallah dan doa Akhir makan - doa dan ucap alhamdullillah. ..
UMUR
Umur nak tahan lama? Banyak kan senyum, jangan fikir semua masalah dan jangan merokok!!! (bukan sebab rokok tu bahaya tapi bazirkan duit saja, kalau duit tak ada banyakkan lagi masalah).
ROKOK
Rokok nak tahan lama? Jangan hisapplah... ...!!!!, letak atas meja dan pandang saja. P/S: jangan hisap benda-benda yang dilarang...sendiri mau ingat hahaaa....
TIDUR
Nak tahan lama tak tidur malam Rajin-rajinlah tidur siang.
HUBUNGAN
Bertahan lama dalam persahabatan/ hubungan, Jujur dan ikhlas je!!!!
Posted by aetot at 10:46 AM 0 comments
Labels: KELAKAR vs LAWAK
Pulau Batu Putih...
Hari ini seluruh negara terutama rakyat Johor sedih dengan kehilangan Pulau Batu Putih yang mempunyai peranan yang besar dalam sistem pertahanan negara. Sebenarnya tiada istilah ‘menang-menang’ dari keputusan ICJ ini kerana jelas Pulau Batu Putih ini dulunya hak mutlak kita yang telah ‘dilepaskan’. Dengan erti kata lain kita kehilangan wilayah dan kedaulatan. Dalam kes ini, ‘Middle Rock’ langsung tiada kaitan.
Adakah jika kita kehilangan WPI kemudian kita boleh berkata “Kita masih dapat Pontian dan kita mendapat keputusan Menang-Menang” . Janganlah terus-terusan membodohkan rakyat.
Secara umum kekalahan ini disebabkan oleh 3 sebab utama iaitu :
1. Tindakan Singapura termasuk menyiasat kemalangan marin di perairan pulau tersebut, kawalan mereka terhadap siri lawatan, pemasangan peralatan komunikasi kapal dan pelan penambakan lautnya jelas menunjukkan wujud a titre de souverain (tindak tanduk yang menunjukkan ia mempunyai kedaulatan) terutama selepas tahun 1953 dan Malaysia langsung tidak membuat sebarang tindak balas terhadap tindak tanduk Singapura itu.
2. Singapura mengeluarkan kebenaran kepada pegawai-pegawai dari Malaysia yang datang ke pulau berkenaan pada tahun 1978 bagi menjalankan kajian perairan di sekeliling Pulau Batu Putih
3. berdasarkan surat balasan pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Johor pada tahun 1953 yang menyebut Johor tidak menuntut hak milik ke atas Pulau Batu Putih.
Secara kesimpulan kekalahan ini berpunca dari kepercayaan kita terhadap Singapura dan kita terlalu mengambil mudah bagaimana seorang pemangku Setiausaha Kerajaan negeri boleh mengeluarkan surat yang begitu penting yang menyentuh tentang kedaulatan negara.
Banyak pelajaran yang kita boleh belajar dari hubungan dan kepercayaan kita terhadap Singapura.
Kita lupakan dulu kekecewaan itu. Sekarang mari alihkan pandangan kita ke sebelah barat barat daya Johor pula iaitu Pulau Pisang. Pulau Pisang adalah pulau yang tidak berpenghuni. Penduduk asalnya telah berpindah ke tanah besar di Pontian dan kini hanya meninggal dusun dan perkuburan yang tidak terjaga. Seperti juga Pulau Batu Putih, Pulau Pisang terletak di perairan Pontian Johor dan jauh daripada Singapura. Pulau Pisang juga mempunyai rumah api yang diselenggara oleh Singapura. Menurut sumber, rakyat Malaysia dilarang untuk mendekati rumah api tersebut malah dilarang untuk mengguna jetinya berbanding rakyat Singapura yang bebas keluar masuk tanpa perlu menggunakan Passport. Apa sudah jadi dengan kedaulatan Pulau Pisang ini.
Janganlah pandang Pulau Batu Putih itu hanya semata-mata sebuah pulau yang berbatu, memandang pulau pisang sebagai pulau yang tiada hasilnya. Fikirkan berapa juta dollar sebulan Singapura mendapat keuntungan dari hasil rumah api tersebut. Apakah kepentingan Pulau-pulau ini sebagai pertahanan hadapan bagi menguasai Selat Melaka dan Selat Tebrau.
Terlalu lemahkah Malaysia setelah lebih 50 tahun merdeka kita masih mengharapkan Singapura dalam menguruskan rumah api dan membiarkan mereka melakukan sesuka hati mereka? menceroboh kedaulatan negara tercinta. Saya tidak pasti sampai bila kita harus diperbodohkan oleh Singapura. Setelah menggadaikan maruah negara dalam isu pembatalan Jambatan Bengkok, isu pembekalan air, tanah KTM, kemudian konterversi pembangunan Iskandar Malaysia dan Pulau Batu Putih. Yang pasti semuanya berpihak dan memberi keuntungan kepada Singapura dan merugikan Malaysia. Setiasa saja dalam keadaan Menang-Kalah
Adakah Pulau Pisang juga harus dibiarkan sebegitu yang akhirnya turut menjadi hak milik sekutu Yahudi itu.
Tolonglah UMNO.. Selamatkanlah Malaysia… Pak Lah Wajib undur. Kedaulatan negara harus dipertahankan. Malaysia tidak boleh jadikan Singapura sebagai pelengkap.
Dasar hubungan Malaysia terhadap Singapura semasa pemerintahan Tun Dr Mahathir perlu dikembalikan. Kita tidak mahu terus diperbodohkan.
Daulat Tuanku…
Posted by aetot at 10:19 AM 0 comments
Labels: INFO
Tuesday, August 5, 2008
hehe...anak ibu
MyHeritage: Family tree - Genealogy - Celebrity - Collage - Morph
heheee....jangan jeles ayah...nie dah buat kan muke zikry cam sape...tengok lah...terbukti anak ibu...tapi ramai orang cakap muke nye ikut cam ayah...nak buat macamane...dah memang si kecik nie anak ibu ngan ayah....tol x...suke nye.....apepun syukor sangat sbb dah ade anak nie....oleh itu...wahai ayah zikry...sayangi isteri & anakmu...love u from ibu n anak....
Posted by aetot at 4:04 PM 0 comments
Labels: FAMILY
Monday, August 4, 2008
Bercakap benar perkara utama elak perselisihan suami isteri
UMUMNYA, kebanyakan orang tidak bercakap benar setiap masa kerana boleh dikatakan pada masa tertentu kita terpaksa berbohong. Ada kalanya untuk tidak melukakan hati orang lain kita perkatakan sesuatu yang tidak benar. Dalam rumah tangga, kebenaran atau bercakap benar penting untuk kerukunan, keselamatan dan kebahagiaan rumah tangga. Bapa atau ketua keluarga perlu sentiasa cuba mengamalkan bercakap benar kepada ahli keluarga. Jika anda berbohong, lambat laun pembohongan itu akan diketahui isteri atau anak. Sudah tentu sukar untuk mendapat kepercayaan yang penuh dan sukar memimpin rumah tangga ke arah kebahagiaan.
Ada pepatah mengatakan, "Bercakap benarlah kamu, walaupun benar itu pahit, kerana kepahitan itu adalah penawar yang mujarab." Pepatah dan kata-kata itu membawa seribu pengertian kepada mereka yang bercakap benar. Bayangkan jika anda berbohong kepada ahli keluarga, tiba-tiba pembohongan itu terbongkar dan ahli keluarga mendapat tahu anda tidak bercakap benar. Secara jelas, anda tidak mendapat kepercayaan lagi daripada ahli keluarga. Beberapa tokoh Islam sedunia memberikan pelbagai pendapat mengenai sikap tidak bercakap benar dalam kehidupan dan keluarga.
Ibnu Mas'ud berkata: "Sebaik-baik kaya ialah kaya hati, sebaik-baik bekal ialah takwa, seburuk-buruk buta ialah buta hati, sebesar-besar dosa ialah berdusta, sejelek-jelek usaha ialah memungut riba." Jaafar as-Sodiq pernah berkata: "Janganlah engkau bertemu dengan manusia ini: pendusta; engkau akan berada dalam penipuannya. Dia seumpama cahaya panas terasa dekat kepadamu, tetapi jauh." Saidina Abu Bakar as-Siddiq berkata: "Orang yang cerdas ialah orang yang takwa. Orang yang dungu ialah orang derhaka. Orang yang dusta ialah orang yang khianat. Orang yang benar ialah orang yang dapat dipercayai." Berpandukan nasihat tokoh Islam ini bercakap benar penting dalam kehidupan seharian terutama dalam rumah tangga untuk mendidik anak selain menjaga kerukunan rumah tangga. Contohnya, jika ingin keluar rumah anda mesti memberitahu isteri dan anak ke mana dan tujuan anda keluar rumah.
Jika anda bercakap benar, isteri tidak berasa risau atau khuatir. Isteri juga dapat menghubungi anda di mana saja jika berlaku kecemasan. Bayangkan jika anda bercakap bohong, Sudah tentu anda tidak dapat dihubungi dengan cepat. Ini juga boleh menyusahkan orang lain untuk menghubungi atau mencari anda. Sebagai isteri atau pemimpin kedua terpenting dalam rumah tangga, juga penting untuk bercakap benar. Anak akan cepat meniru jika ibunya berbohong. Ibu adalah teladan paling rapat kepada anak. Oleh itu, ibu mestilah selalu bercakap benar kepada anak dan suami. Bercakap benar adalah jalinan kasih yang menghubungkan kemesraan antara ahli keluarga dalam rumah tangga. Suami dan isteri, kedua-duanya berfungsi untuk saling bantu membantu dan tegur-menegur. Ini bermakna, isteri wajib patuh dan taat kepada suami tanpa berbelah bagi. Bagaimanapun, jika suami menyuruh perkara yang tidak baik dan mungkar, isteri tidak seharusnya menurut perintah suami. Suami dan isteri juga mestilah sering bercakap benar. Pembohongan antara satu sama lain akan menghancurkan rumah tangga yang dibina atas dasar cinta dan kasih sayang. Antara adab pergaulan sesama manusia dan antara suami isteri ialah bercakap dengan teratur supaya orang yang mendengar percakapan faham maksudnya, selain daripada bercakap benar. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Daripada Ibnu Mas'ud, Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya dusta itu membawa kepada kejahatan dan kejahatan itu membawa kepada mereka. Seseorang yang sentiasa berdusta akan dicatatkan di sisi Allah sebagai seorang pendusta." (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim) Ibu bapa jangan sekali-kali bercakap bohong kepada anak kerana kanak-kanak cenderung meniru tingkah laku orang dewasa terutama ibu bapa mereka. Jika anda merasakan anak tidak pernah menipu, bolehkah anda uji sikap anda sendiri tanpa mengira sekecil manapun keadaan yang memaksa anda berbohong. Pernahkah anda menulis surat kepada guru sekolah anak memberi alasan yang tidak benar mengenai ketidakhadiran anak ke sekolah? Jika pernah, anda sudah berbohong dan sekali gus mengajar anak tidak bercakap benar. Pernahkah anda memberitahu jiran bahawa anda tidak tahu siapa yang memecahkan pasu bunganya sedangkan yang melakukan perbuatan itu adalah anak anda sendiri. Jika pernah, anda sudah melakukan pembohongan yang diketahui anak dan tidak mustahil mereka akan mengikutnya. Keadaan seumpama itulah yang menjadi ikutan tidak baik kepada anak terutama bagi mereka yang berumur 12 tahun ke bawah. Jika keadaan seumpama itu berterusan, lambat laun anak akan terpengaruh dan mula berbohong. Akhirnya penyakit itu akan merebak dalam keluarga. Kanak-kanak biasanya tidak pandai berbohong. Tanyalah kanak-kanak apa yang dimakannya pada hari itu, mereka akan menjawab dengan terus terang. Pembohongan boleh menyebabkan kesan negatif dalam rumah tangga dan akhirnya menimbulkan masalah.
Posted by aetot at 3:57 PM 0 comments
Labels: NASIHAT DAN RENUNGAN