Hari ini seluruh negara terutama rakyat Johor sedih dengan kehilangan Pulau Batu Putih yang mempunyai peranan yang besar dalam sistem pertahanan negara. Sebenarnya tiada istilah ‘menang-menang’ dari keputusan ICJ ini kerana jelas Pulau Batu Putih ini dulunya hak mutlak kita yang telah ‘dilepaskan’. Dengan erti kata lain kita kehilangan wilayah dan kedaulatan. Dalam kes ini, ‘Middle Rock’ langsung tiada kaitan.
Adakah jika kita kehilangan WPI kemudian kita boleh berkata “Kita masih dapat Pontian dan kita mendapat keputusan Menang-Menang” . Janganlah terus-terusan membodohkan rakyat.
Secara umum kekalahan ini disebabkan oleh 3 sebab utama iaitu :
1. Tindakan Singapura termasuk menyiasat kemalangan marin di perairan pulau tersebut, kawalan mereka terhadap siri lawatan, pemasangan peralatan komunikasi kapal dan pelan penambakan lautnya jelas menunjukkan wujud a titre de souverain (tindak tanduk yang menunjukkan ia mempunyai kedaulatan) terutama selepas tahun 1953 dan Malaysia langsung tidak membuat sebarang tindak balas terhadap tindak tanduk Singapura itu.
2. Singapura mengeluarkan kebenaran kepada pegawai-pegawai dari Malaysia yang datang ke pulau berkenaan pada tahun 1978 bagi menjalankan kajian perairan di sekeliling Pulau Batu Putih
3. berdasarkan surat balasan pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Johor pada tahun 1953 yang menyebut Johor tidak menuntut hak milik ke atas Pulau Batu Putih.
Secara kesimpulan kekalahan ini berpunca dari kepercayaan kita terhadap Singapura dan kita terlalu mengambil mudah bagaimana seorang pemangku Setiausaha Kerajaan negeri boleh mengeluarkan surat yang begitu penting yang menyentuh tentang kedaulatan negara.
Banyak pelajaran yang kita boleh belajar dari hubungan dan kepercayaan kita terhadap Singapura.
Kita lupakan dulu kekecewaan itu. Sekarang mari alihkan pandangan kita ke sebelah barat barat daya Johor pula iaitu Pulau Pisang. Pulau Pisang adalah pulau yang tidak berpenghuni. Penduduk asalnya telah berpindah ke tanah besar di Pontian dan kini hanya meninggal dusun dan perkuburan yang tidak terjaga. Seperti juga Pulau Batu Putih, Pulau Pisang terletak di perairan Pontian Johor dan jauh daripada Singapura. Pulau Pisang juga mempunyai rumah api yang diselenggara oleh Singapura. Menurut sumber, rakyat Malaysia dilarang untuk mendekati rumah api tersebut malah dilarang untuk mengguna jetinya berbanding rakyat Singapura yang bebas keluar masuk tanpa perlu menggunakan Passport. Apa sudah jadi dengan kedaulatan Pulau Pisang ini.
Janganlah pandang Pulau Batu Putih itu hanya semata-mata sebuah pulau yang berbatu, memandang pulau pisang sebagai pulau yang tiada hasilnya. Fikirkan berapa juta dollar sebulan Singapura mendapat keuntungan dari hasil rumah api tersebut. Apakah kepentingan Pulau-pulau ini sebagai pertahanan hadapan bagi menguasai Selat Melaka dan Selat Tebrau.
Terlalu lemahkah Malaysia setelah lebih 50 tahun merdeka kita masih mengharapkan Singapura dalam menguruskan rumah api dan membiarkan mereka melakukan sesuka hati mereka? menceroboh kedaulatan negara tercinta. Saya tidak pasti sampai bila kita harus diperbodohkan oleh Singapura. Setelah menggadaikan maruah negara dalam isu pembatalan Jambatan Bengkok, isu pembekalan air, tanah KTM, kemudian konterversi pembangunan Iskandar Malaysia dan Pulau Batu Putih. Yang pasti semuanya berpihak dan memberi keuntungan kepada Singapura dan merugikan Malaysia. Setiasa saja dalam keadaan Menang-Kalah
Adakah Pulau Pisang juga harus dibiarkan sebegitu yang akhirnya turut menjadi hak milik sekutu Yahudi itu.
Tolonglah UMNO.. Selamatkanlah Malaysia… Pak Lah Wajib undur. Kedaulatan negara harus dipertahankan. Malaysia tidak boleh jadikan Singapura sebagai pelengkap.
Dasar hubungan Malaysia terhadap Singapura semasa pemerintahan Tun Dr Mahathir perlu dikembalikan. Kita tidak mahu terus diperbodohkan.
Daulat Tuanku…
Monday, August 18, 2008
Pulau Batu Putih...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment